Monday, November 20, 2006

FOREX Fundamental Analysis ( Economic Calendar )

Economic Release Data.

1. Non Farm Payroll - Unemployment
2. FOMC Interest Rate Decisian
3. Trade Balance
4. CPI(Consumer Price Index) – Inflation
5. Retail Sales

Ini adalah antara contoh economic data yang menjadi panduan trader dalam membuat analisa fundamental ( fundamental analysis).



Kaedah ini adalah berpandukan keadaan economy sesebuah Negara. Jika keadaan ekonomi sebuah Negara itu baik maka keadaan currency Negara tersebut akan naik begitulah juga jika sebaliknya.
Menganalisa economy sesebuah Negara itu berdasarkan adalah berdasarkan berita yang dikeluarkan pada masa-masa tertentu yang mana ia telah ditetapkan.


Kesemua data-data ini dapat diperolehi dari economic calendar dari banyak website antaranya;
http://www.forexnews.com/GlobalCalendar
http://biz.yahoo.com/c/e.html



Apakah peranan Economic calendar ini???


Untuk menjadi seorang trader yang baik kita perlulah mengetahui segala macam maklumat berkenaan dengan situasi ekonomi akan berlaku pada sesebuah Negara. Jadi melalui economic calendar ataupun juga dikenali dengan Global calendar ini anda dapat mengatahui situasi yang akan berlaku berdasarkan forecast dan seterusnya merancang tindakan yang bakal anda lakukan.




Setiap hari terdapat data-data yang akan diumumkan. Jadi anda perlulah sentiasa melihat pada economic calendar untuk mendapatkan maklumat. Untuk mendengar data-data tersebut diumumkan bolehlah menonton Bloomberg TV bagi yang ada Astro di rumah bagi yang tiada boleh juga menonton dengan melihat di dalam website Bloomberg di
http://www.bloomberg.com/media/tv/index.html



Bagaimana untuk memahami kesan dari data-data yang dikeluarkan??



Jika anda memilih untuk trade euro/usd anda perlu melihat pada economic calendar pada column EURO dan column USD


Jika data bagi euro yang diumumkan menaik dari sebelumnya(previous) maka market euro/usd akan juga menaik begitulah sebaliknya.
Tetapi jika data bagi USD yang diumumkan menaik dari previous maka market euro/usd akan jatuh. Anda boleh lihat perbandingan dari jadual di bawah.









Perkataan ‘Menaik’ pada data yang diumumkan membawa maksud memberi kesan baik pada ekonomi sesebuah Negara.

Tidak semua data yang diumumkan menaik itu akan memberi kesan baik pada ekonomi. Cuma yang memberi kesan baik pada ekonomi akan membawa kenaikan pada nilai matawang sesebuah Negara.


Contoh lain


Bagi currency pair GBP/USD, cara membaca data dan kesan turun naik data adalah sama seperti EURO/USD Cuma beza bagi GBP/USD, data yang perlu dilihat ialah GBP bukan EURO. Apa yang perlu diambil perhatian ialah England juga berada dalam kesatuan EU.. jadi terdapat juga kesan pada GBP

GBP strong data release ……… graf GBP/USD menaik
USD strong data release ………graf GBP/USD jatuh


Tetapi berlainan pula bagi USD/JPY dan USD/CHF cara bacanya sama, cuma pada kesannya berkadar songsang.


JPY strong data release ……….graf USD/JPY jatuh
USD strong data release ………graf USD/JPY naik

Berikut kesan daripada data-data yang diumumkan terhadap matawang